Puding Karamel (Telur) |
Resepi Puding karamel
Bahan-bahan :
· 5-7 biji telur bergantung pd saiz
· 1 tin susu cair
· 3/4 tin air
· 2 sudu besar esen vanila
· 1/2 cawan gula
Cara-cara :
· Pukul telur dan gula
· Tambahkan susu cair
· Tambahkan air
· Tambahkan esen vanilla
Utk Buat Karamel :
- 1/2 cawan air panas mendidih + 1/2 cawan gula
- Masukkan gula dalam periuk/kuali,
- Panaskan hingga gula keperangan, masukkan air, kacau hingga pekat.
- Tunggu hingga sejuk.
- Masukkan gula hangus dalam loyang.
- Masukkan adunan puding tadi, kukus selama 1/2 jam hingga 45 minit
Tips :
1. Pukul telur dan gula perlahan-lahan untuk mengelakkan buih2 yang terhasil seterusnya menyebabkan puding tidak smooth
2. Tapis adunan puding sebelum dimasukkan ke dalam loyang untuk dikukus bagi memastikan tiada buih2 atau sebarang ketulan
3. Bungkus tudung periuk pengukus dengan kain untuk mengelakkan air dari tudung periuk masuk dalam puding
4. Kukus dengan api yang perlahan
5. Bila dah masak, tunggu hingga puding sejuk, pastikan tepi tidak melekat atau guris dengan pisau di tepi puding yang melekat pada loyang, kemudian letak pinggan di atas loyang, dengan cepat terbalikkan loyang.
4. Kukus dengan api yang perlahan
5. Bila dah masak, tunggu hingga puding sejuk, pastikan tepi tidak melekat atau guris dengan pisau di tepi puding yang melekat pada loyang, kemudian letak pinggan di atas loyang, dengan cepat terbalikkan loyang.
No comments:
Post a Comment